Friday 30 November 2012

Apa itu Cinta ???

Assalamualaikum,Mulakan malam ini dengan ketawaa HAHA...Syok tengok cite Maharaja Lawak Mega 2012..Sape tgh tgk skrang..Rissa tak tgk rissa cume record jeh sebb nak keluar da dapat tgk skejap jeh.Ouhkey skrang rissa nak bagitahu APA ITU CINTA ??.

Ramai yang tahu tentang cinta.Ramai yang tahu nak menyebut perkataan cinta.Ramai yang tahu bagaimana nak meluahkan kata kata cinta.Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya ??.Disini rissa ingin berkongsi dengan awak smua tentang apa itu cinta ??.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah sebenar cinta.

Cinta wujud sejak dilahirkan.
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia melalui tahap tahap kelahiran cinta bermula dari cinta belaian ibu,membawa cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta yang suci,maka akan cinta kepada tuhan wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta bersedia.
Bila sampai masanya di setiap tahap tahap cinta ,maka tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta ,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta itu indah.
Walaupun kewujudan cinta itu tidak dapat dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng.Bukan saja cantek malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta itu mengharap balasan.
Cinat antara manusia itu berkehendak kepada jodoh dan pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya itu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang sesuai dan secocok dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta itu menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yan dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin dinakluki sepenuhnya.

Cinta itu mengetahui.
Pada asasnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu ditanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilimiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta itu hidup.
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala segalanya seperti sayang,benci,gembira dll.Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta itu suci.
Sebagaimana yang banyak dikatakan oleh orang ,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan.Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta tidak bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.Mengekalkan cinta yang suci bermakna menjauhkan diri dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta itu mempesona.
Cinta itu bukan sahaja indah,tapi mempesonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan sahaja ia comel,tapi ia insan yang tidak berdosa.Kerana cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa sahaja yang dilakukan oleh kekasihnya....mempersonakannya dan nampak cantek serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri.Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat pada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu bukti cinta ?.
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku maka cinta itu tidak tinggi nilainya.Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda ??.Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahu pengorbanan anda ??.Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai,Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Amacam ?? ouhkey tak.Faham faham kan lah.Kalau awak semua bagi apa yang kekasih awak semua nak agak agak apa yang tinggal silap silap cuma tinggal beg duit jeh isinya hilang sbb awak semua lakukan apa yang kekasih awak nak...Fikirkan lah.





2 comments:

  1. batul tu ..kalau nk bercinta sgt pun agak2 n jaga lah diri tu yer//..
    follow me back ok
    http://myaleo.blogspot.com/2012/11/myaleo-post-wedding.html

    ReplyDelete
  2. Betul tu..Kadang kadang org penting kan boy dripada barang barang yang ade pada handbag diaorg tu

    ReplyDelete