Tuesday 15 January 2013

Miaa Rly :)

Assalamualaikum,semua org sini sini aku nak cerita sikit kat korang semua pasal twitfemes.Nama dia Miaa Rly.Nama sebenar taktahu.Kalau nak tahu tanye lha dia.Hehe.Dia ny comel gile gile comel.Kalau korang tgk muka dia peh gerenti melting.Haha.Betul pe apa yg aku cakap.Tak caya tgk gamba kat bawah ny.


Senget kan kepala ea.Kalau rajin :)


Comelkannn.Bole bagi dua jea.Takbole lebih lebih nnty dia mara.Hehe.Kadang2 ramai yang kata *penuh TL dengan nama miaa rly* Tapi dia friendly.Dia just cakap *sorry* Hm.Comel lorh.Kalau sesiapa yang ada twitter bole lha nak tengok gamba yang selebihnya kat twitter dia.

Tekan SINI !




Tuesday 18 December 2012

Kisah Sedih Seorang Ibu

Assalamualaikum,rissa nak cite kan pasal seorang ibu yang begitu sedih terhadap anaknya yang mengalami kemalangan..Bace ehh..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.
Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.
Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.
Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;
”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”
”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”
“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”
“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.
Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.
Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.
Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.
Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;
“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”
Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.
Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.
Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

Thursday 6 December 2012

Anak Kucing !!!

Assalamualaikum,mulakan dengan salam hehe.

Heyy guys,rissa nak bagitahu nie tadi rissa buka pintu rumah rissa,rissa ade nmpak anak kucing tiga ekor dua putih satu hitam kecoklatan kat dalam sangkar dah ade enam ekor pastu cmpur lagi tiga ekor da ada sembilan ekor anak kucing.Wahh nie yang suke nie.Rissa nie peminat kucing tauu.Tapi suke kucing warna cmpur cmpur taksuke warna hitam sbb org kate kucing hitam kucing hantuu.Serammm rissa nak jage kucing hitam.

Tapi kucing yang 6 ekor tu suke berak sepah sepah taksuke habess rumah rissa wangi terus busukkkk.


Geli lah rissa nak cuci taik taik dia tu.Tapi sabar jehlah kate suke kucing.Hehee.Kadang-kadang ramai org nak dtg umah rissa tapi mesty kate takade org padahal ade org cume pintu tutup sebb bau yg busuk itu akan masuk kedalam rumah dan kucing pun akan masuk gak.Kalau kasik kucing masuk mesty nanty dia berak kat dalam.Rissa penah tau kucing rissa berak kat atas sofaaa.Ingatkan dia naik atas sofa nak baring rupa rupanyaaaaa...........Taknaklah cakap takut nnty korang nak makan tak boleh hehe.

Cumel tau kucing kucing kuu..Haa,okex lah sampai disini harap dpt bayangkan kalau tak dapat bayangkan sory cite dah berapa bestt.Okex lah byebye kite sambung minggu minggu lain okex.ILAPCHIUUUUUUUUU <3



Friday 30 November 2012

Apa itu Cinta ???

Assalamualaikum,Mulakan malam ini dengan ketawaa HAHA...Syok tengok cite Maharaja Lawak Mega 2012..Sape tgh tgk skrang..Rissa tak tgk rissa cume record jeh sebb nak keluar da dapat tgk skejap jeh.Ouhkey skrang rissa nak bagitahu APA ITU CINTA ??.

Ramai yang tahu tentang cinta.Ramai yang tahu nak menyebut perkataan cinta.Ramai yang tahu bagaimana nak meluahkan kata kata cinta.Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya ??.Disini rissa ingin berkongsi dengan awak smua tentang apa itu cinta ??.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah sebenar cinta.

Cinta wujud sejak dilahirkan.
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia melalui tahap tahap kelahiran cinta bermula dari cinta belaian ibu,membawa cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta yang suci,maka akan cinta kepada tuhan wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta bersedia.
Bila sampai masanya di setiap tahap tahap cinta ,maka tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta ,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta itu indah.
Walaupun kewujudan cinta itu tidak dapat dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulen dan tidak bertopeng.Bukan saja cantek malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta itu mengharap balasan.
Cinat antara manusia itu berkehendak kepada jodoh dan pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya itu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang sesuai dan secocok dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta itu menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yan dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin dinakluki sepenuhnya.

Cinta itu mengetahui.
Pada asasnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu ditanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilimiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta itu hidup.
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala segalanya seperti sayang,benci,gembira dll.Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta itu suci.
Sebagaimana yang banyak dikatakan oleh orang ,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan.Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta tidak bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.Mengekalkan cinta yang suci bermakna menjauhkan diri dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta itu mempesona.
Cinta itu bukan sahaja indah,tapi mempesonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan sahaja ia comel,tapi ia insan yang tidak berdosa.Kerana cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa sahaja yang dilakukan oleh kekasihnya....mempersonakannya dan nampak cantek serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri.Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat pada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu bukti cinta ?.
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku maka cinta itu tidak tinggi nilainya.Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda ??.Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahu pengorbanan anda ??.Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai,Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Amacam ?? ouhkey tak.Faham faham kan lah.Kalau awak semua bagi apa yang kekasih awak semua nak agak agak apa yang tinggal silap silap cuma tinggal beg duit jeh isinya hilang sbb awak semua lakukan apa yang kekasih awak nak...Fikirkan lah.





Tuesday 27 November 2012

Mane Hensem,Mane Cantek ??

Assalamualaikum,Rissa ade tengok cite Cinta Bersemi Di Putih Abu Abu.Cerita dia best tau.Kalau sesiapa ade astro tgk lah cite tu Cinta Bersemi Di Putih Abu Abu,Di astro ria,Setiap hari isnin hingga jumaat,pukul 6:30.Tengok eh kalau tak ade astro tengok kat youtube Cinta Bersemi Di Putih Abu Abu Episode 001 hingga Episode 034.Sekarang Rissa nak korang pilih mane hensem dan cantekk.Tengok lah gamba kat bawah nie


Mane Hensem ????.

1.Rizky Nazar

2.Kevin Lukas


Mane Cantek ??

1.Jessica Anastasya

2.Nahza Soebijakto

3.Vinessa Inez

4.Priyanka Melodi.

p/s : Tulis Nama Jeh Tau.